Lilypie Maternity tickers

Lilypie Maternity tickers

Monday, September 27, 2010

:: Suka and x Suka::

Aku rasa sungguh kagum dan terharu bila seorang kawan aku yang juga seorang saudara baru berkata pada aku ketika aku mahu ke surau. Tanpa niat mengajak hanya memberitahu agar dia menunggu aku seketika...lalu dia menjawab.." ah ok la tu...sila la dulu ke surau, aku menyusul sekejap lagi.." dengan nada serius.Kerana ade yang hanya pada luaran saja memeluk agama ini  tapi tidak sepenuhnya menunaikan yang wajib dan penting.Sedangkan aku ni pun kadang iya kadang tidak. Rasa cam comel dia ingat akan tanggungjawab baru dia itu. Aku terdiam...senyum dan berlalu pergi...

::Benda benda yang aku x kan miss lepas bersalin::

1. Muntah di pagi hari atau bila bila mulut aku ni rasa lain macam
2. Deria rasa dan bau yang melampau yang selalu mengganggu..
3. Kekerapan ke bilik air sampai penat gila. Cam x nak pakai seluar lagi senang
4.Sakit pinggang
5. Tido yang xlena di malam hari selepas trimester kedua..
6. Sakit ulu hati terutama selepas trimester kedua
7. Asyik kena check darah and hgl bila g checkup. Pastu kena makan ubat tetiap ari
8. Fikir nak pakai baju apa ni...semua x muat dah
9. Susah nak bangun bila dah lepas 7 bulan pertama
10. Sentiasa dalam keadaan berjaga jaga bila dah nak due..

::Benda benda yang aku akan miss::


1. Rasa baby besar dalam perut and 1st time dia gerak
2. Bila scan tengok dia buat apa dalam perut aku
3. Bila orang bagi kita keutamaan masa que ke apa sebab kita ngandung
4. Lesen untuk pakai x kira apa sebab semua nampak comel dengan baby bump
5. Dimanja oleh husband, family and teman teman sbb tgh pregnant
6. Pilih nama untuk baby....
7. Slack kat rumah sebab kadang kadang x larat. Husband masak and kemas

Ah Nanti aku update lagi..sebab skang xleh fikir nak makan la lapar....

No comments:

Post a Comment

Feedback