.Hujan..tak berhenti dah 3 hari.
.Melaka basah, sejuk, berkabus.
. Ternampak orang berjalan di kaki lima dengan mafla, snow cap and gloves.
.Gila overboard orang itu.Tidakla sampai macam tu skali.
.Tergelak gelak dengan husband dalam Hilux sampai x nampak lampu dah hijau.
. Bila nak berhenti hujan ni?.
.aKu bersyukur atas Rahmat mu Ya ALLAH.
.aKu bukan mahu jadi hamba mu yang tidak pernah bersyukur dan asyik meminta.
. Tapi keluarkan la sedikit cahaya matahari mu yang panas itu.
. Baju x kering, tumbuhan dilimpahi air, kesejukkan, paras air kat longkang rumah dah naik.
.Nak kerja pun susah, x kerja pun susah.
. aKu mohon ampun Ya ALLAH, kalau permintaan ini bagai hamba yang x pernah berpuas hati.
.Tapi janganla pula kau keringkan bumi ni dengan panas yang melampau.
.Doa ku sambil termenung keluar tingkap Hilux.
.Berhenti di Bank untuk membuat rutin hujung bulan.
.Ternampak dua orang kanak kanak habis sekolah happy je berjalan dalam hujan.
.Teringat zaman kolej aku dulu.
.Hujan x hujan kalau nak ber'riadah' kat luar tu terjah je.
.Baper kali aku main basketball dalam hujan, ke pantai masa hujan.
.x pernah pulak aku demam. Lepas main hujan masuk mandi buat air milo panas.
. Duduk depan laptop dengan selimut di kaki. Study time.
.Aku suka hujan, sejuk aku boleh tahan.
. Tapi kalau berlarutan takut malang pula menimpa.
