Lilypie Maternity tickers

Lilypie Maternity tickers

Monday, September 13, 2010

::Raya..Raya..Raya..::

Eid Mubarak !~ Salam Aidilfitri!~

Hah as i write this post is the 4th day of Raya. In JB with my inlaws after 3 days spend with my family. I am grateful and bersyukur tu ALLAH for providing me 2 great families to be with on this occasion. Though i leave one today in Melaka but i am in the hands of another which are as caring and loving as the one i left. And i bersyukur for living another day to share this with them and my own beutiful Family.

Raya tahun ni, xdela meriah dengan lampu di rumah or pelita di pagar. Tiada la mercun berdentum dentam. Cukup ala kadar and simple but sungguh bermakna. I loike this kind of raya. Tiada masak berlebihan sampai terbuang2. Kali ini raya betul betul dipenuhi dengan keluarga, sanak saudara dan rakan taulan. 2 hari sebelum raya sudah terima kunjungan di waktu malam oleh kengkawan dari zaman kanak kanak, sekolah and kawan kawan yang sekampung (MELAKA) hah sibuk rancak berbual and bertukar berita.

Raya 1st, Idris balik dari Bazar x mcam tahun lepas. pukul 5 sudah ade di rumah. Tak payah sahur jadi terus tido. Itupun terbabas jugak bangun pagi. Penat la kan sebulan kerja masa pelik. Anyway bangun pagi ke rumah mummy, sampai je sumer dah siap. erkk xpela hari sebelum tu aku dah tolong masak and anyam ketupat. Malam tu pukul 3 baru aku balik rumah aku. Sampai rumah kemas rumah pulak. Malam malam sebelum tu aku sibuk buat kuih tuk mummy sebab oven mummy rosak. Hah ok la kan. Alhamdulillah Cuaca pagi jumaat tu memang best. Walaupun hujan renyai but Mood Raya x rosak sikit pun. Mula nak g kubur adik (ANIS) tapi sebab hujan x jadi pergi dulu. Instead neighbour Mr Hau and family datang beraya diikuti kawan kawan papa dari Kilang. hah meriah la..nasib la dorg menjamu kat luar. Yang kami kat dalam ni..terlentang Tido. Hapela kan 1st day raya tido. penat..semalam sumer rancak berbual and bergelak ketawa. tau tau dah nak subuh baru tido. Aku lak penat kemas and idris penat di bazar. aha...semua tido kecuali si kecik YAYA sibuk main renjis renjis. Malam tu makan di luar sebab kesian mummy penat masak and jemu lauk raya. So makan nyonya food kat Melaka Raya..1 thumbs up je sebab ramai orang service agak mengecewakan but food okay la.

2nd day raya, di kampung halaman Banting, Selangor. Bawak Azwan (husband Zura) and jugak husband aku kenal kenal ngan saudara. Ah nasib la yang jauh tu pun balik sekali so x payah la nak g sana jumpa la..dah berkumpul seharian berjalan. Itupun x cover semua, dah penat. Mummy and papa balik while kami adik beradik menuju ke KL. mana lagi kalau bukan IKEA.ahah shopping lagi...sampai penuh keta. Zura and Azwan sampai 2 beg plastic besar ikea tu bayangkan. Kami ni more tu perabut so penuh ngan kayu kayu.Yaya pulak beli patung Crocodile yang dia gila gilakan tapi x penah kami nak beli. Ni ade duit raya kan beli la sendiri. so semua balik Happy. Ah ini jugak kali pertama Boy sampai Ikea.Malam sampai dah kul 12.

3rd day, idris di kedai. Kawan kawan datang ke rumah, tapi aku sibuk packing nak ke JB malam ni. esok lak nak ke Terengganu. Papa Idris balik dari Umrah jadi nak g jemput di di SG. Hmm...lepas kawan balik g rumah Mummy kejap. Jumpa zura, wan and boy. Malam ni dorang pun balik ke KL. SUnyi la rumah Mummy tinggal Adib je. Terasa sungguh istimewa kali ini bersama adik beradik. Baru sedar, semua dah ade kehidupan masing masing and terpaksa terpisah untuk rezeki. Baru rasa cam dalam lagu..'Yang jauh pulang berhari raya, berjumpa sanak saudara, bersalaman maaf di pinta'..hahaha..Ah..benda cam ni wat aku lagi appreciative.

Petang dalam kul 6 balik rumah amik beg and kemas sikit. Pergi balik rumah mummy amik Sarah.Bertolak ke JB. Zura and Wan di kereta depan aku di belakang. Selepas tol kami terpisah. Sorang menghala ke Utara (KL) Seorang ke Selatan (JB).ha pulang ke bandar. Bye bye. Sayu lak hati. bila tingalkan rumah mummy.Hiway...Jam gila. dari Yong Peng sampai le ke JB. bayangkan berapa punya KM tu. Imran adik Idris pun odw dari KL balik JB. Terasa lak kali ini aku la " Yang jauh pulang berhari raya, berjumpa sanak saudara, ...bla bla.." ahh sampai di rumah papa dah kul 10pm. Lapar gila. Imran yang sampai 40minit awal pun lom makan. Iqbal baru balik jadi makan bersama. Riuh dan suasana gembira. Yela papa Umrah..Yang tinggal cuma Nadiah and Aisyah. so bila abang abang dorang balik bersama Kakak2 Ipar dorang ni..cam mesra dah riuh la. Baru rasa Raya.

Sarah lak demam..hmmm malam tu berbual ngan Nadiah sambil makan brownie..sedap woo.... Biasala..kalau aku balik sini dia je kaki bebel and gelak gelak ngan aku. Bercerita dari A sampai Z. dah le dia kena bangun subuh ni nak g SG. dah kul 4.10am. baru dia lelap and aku masih menaip. Kejap lagi kena kejut dia.

Okay..Andai ade tersalah kata, tersasul entri atau kasar bahasa. Maaf Zahir dan Batin di pinta..!~~

No comments:

Post a Comment

Feedback